Laman Utama
Jumaat, 21hb November 2008

Sindiket

Road Survival untuk Warga Pandan

20/01/2008 - Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) digegarkan dengan gelak tawa beratus-ratus orang. Auditorium yang sentiasa senyap itu, hari ini dipenuhi dengan warga Pandan yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam cara-cara menyelamatkan diri semasa berlaku kecemasan di jalan raya. Ceramah itu diserikan dengan gelagat penceramah iaitu Kapten Bala, Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela (MVFRA).

 

 
peserta gelak ketawa auditorium mpaj road survival program
Persembahan menarik Kapten Bala mencuit hati peserta

life hammer, road survival, kapt bala
Kapten Bala menunjukkan cara-cara menggunakan "Life Hammer" untuk memecahkan cermin kereta jika terperangkap semasa berlaku kemalangan
Read more...
 
Pengindahan Semula kawasan Taman Mawar

20/01/2008 - Datuk Ong Tee Keat melawat Taman Mawar hari ini sambil bergotong-royong bersama penduduk-penduduk tempatan. Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Mawar itu turut disertai oleh kanak-kanak yatim dari Yayasan Sunbeams Home yang bertempat di Taman Mawar.  

gotong royong tmn mawar phua cindy otk
Datuk Ong (tengah) bergotong-royong membersihkan padang Taman Mawar sebagai salah satu projek pengindahan kawasan itu 
Read more...
 
PRIHATIN: OTK Menderma Kerusi Roda

13/01/2008 - OTK hari ini mengambil masa untuk mendekati seorang penduduk Taman Muda sambil berbekalkan hadiah sebuah kerusi roda baru. Encik Lau (bukan nama benar) telah datang ke Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Pandan untuk meminta bantuan beberapa bulan yang lalu. Lau berkata ibuya lumpuh dan tidak dapat menggerakkan kaki. 

 OTK terus turun padang dan menyumbangkan kerusi roda baru setelah memahami situasi sebenar dan keperluan Encik Lau.

 
 OTK Taman Muda kerusi roda
OTK bersembang dengan keluarga salah seorang penduduk di Taman Muda 
Read more...
 
Sembang-Sembang Bersama OTK di Taman Bukit Permai

08/01/2008 - Program Sembang-Sembang Bersama OTK masih lagi berterusan. Kini OTK bertapak di Taman Bukit Permai, satu kawasan perumahan yang senantiasa dalam hati Ahli Parlimen Pandan ini.  

OTK Taman Bukit Permai
OTK berucap dan memberi sedikit maklumat tentang perkembangan kawasan Pandan. Bersama beliau adalah para pegawai polis Daerah Ampang Jaya dan ketua-ketua masyarakat dari Taman Bukit Permai
Read more...
 
Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kondominium Pandan Heights B

06/01/2008 - Ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Kondomnium Pandan Heights B sudah kebuntuan jalan. Keinginan dan kegigihan mereka untuk mengembalikan hal-hal pengurusan kediaman mereka ke tangan penduduk, tidak berjaya. Malah, surat telah dihantar kepada pihak berkuasa, pihak pemaju dan pejabat pengurusan. Tiada tindakan diambil walaupun usaha mereka telah mencapai hampir 3 tahun. 

Tanpa jalan baru, mereka mendapatkan bantuan Datuk Ong untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Hari ini, Persatuan Penduduk Kondomnium Pandan Heights B mengadakan mesyuarat agung tahunan dan turut mengundang Datuk Ong, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya dan wakil-wakil pejabat pengurusan. Kawasan itu turut menjadi sarang jenayah dengan hampir 20 kes pecah rumah dilaporkan dalam masa sebulan sahaja.  

penduduk Pandan Heights B khusyuk
Penduduk-penduduk Pandan Heights B khusyuk mendengar ucapan Datuk Ong dan berharap dapat menyelesaikan rintihan mereka
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>

Results 1 - 6 of 14
Powered by Joomla! - Template